Flash & Teknikal Pencahayaan

Kaedah mengawal cahaya Flash dengan Exposure Compensation
(Nikon Flash)

Guide Number (GN). Guide Number adalah satu ukuran untuk mengetahui kekuatan sesebuah flash. Guide Number adalah bersamaan Aperture  X  jarak flash dengan subjek. Setiap flash ada nilai Guide Number yang tetap. Flash dengan guide number 30 adalah lebih berkuasa dari flash dengan guide number bernombor 20. Guide Number biasanya menggunakan salah satu ukuran sama ada meter atau kaki sebagai ukuran jarak. Guide number biasanya di rujuk dengan penggunaan:

  • ISO 100 
  • Zoom : 35 mm,
  • Format FX,
  • Suhu: 20 ° C/68 ° F Contohnya, apabila kita menggunakan flash dengan Guide Number 28 dan ingin merakam subjek yang berada 5 meter dari flash, kita perlu gunakan aperture f/5.6 (GN = Aperture X jarak antara flash ke subjek).   Untuk sensitiviti ISO yang lain daripada 100, darabkan GN dengan ISO sensitivity factors.   
  • Corak Pencahayaan (illumination Pattern) : Standard

Manual Flash Mode (Power Ratio). Kekuatan flash dikawal secara manual dengan menambah atau mengurangkan kuasa flash yang dipancarkan. Kekuatan flash yang dipancarkan dikawal dengan memilih nombor-nombor berikut : 1/11/2, 1/41/8, 1/161/321/64 atau 1/128. Ini adalah kawalan dengan 1 stop penuh. Kawalan juga boleh dibuat dengan pengurangan atau penambahan nilai kuasa yang lebih kecil iaitu 1/2 stop atau 1/3 stop. Penggunaan flash secara manual boleh lebih menjimatkan kuasa bateri dan mempercepatkan masa recycle kuasa bateri. Kelajuan cahaya flash (Flash Duration) yang dipancarkan dalam anggaran seperti berikut :

  • 1/880 sec. at M 1/1 (full) output 
  • 1/1100 sec. at M 1/2 output 
  • 1/2550 sec. at M 1/4 output
  • 1/5000 sec. at M 1/8 output
  • 1/10000 sec. at M 1/16 output
  • 1/20000 sec. at M 1/32 output
  • 1/35700 sec. at M 1/64 output
  • 1/38500 sec. at M 1/128 output

TTL (Through The Lens)

TTL
 adalah kawalan flash automatic yang berintegrasi dengan kamera. TTL bermaksud “Through The Lens” dimana, flash mengeluarkan cahaya yang secukupnya berdasarkan data kecerahan cahaya yang diperolehi dari kamera. TTL mudah digunakan, selalunya tepat. Ketepatannya bergantung kepada sistem kamera dan model unit flash. Ianya juga memakan lebih banyak kuasa bateri berbanding penggunaan MANUAL, jika bateri yang tidak sesuai digunakan atau terdapat kesalahan setting dalam kamera sistem. Jika setting pada kamera dan flash betul, kita tidak perlu risau gambar akan over atau under exposure. Kawalan TTL secara automatik ini boleh diubahsuai secara manual dengan mengawal exposure compensation. Untuk flash Nikon, terdapat i-TTL Mode

  • i-TTL balanced fill-flash – kekuatan Output Flash  yang seimbang diantara subjek utama dan latar belakang. TTL BL dipaparkan pada LCD.
  • Standard i-TTL – kekuatan Output Flash pada subjek utama adalah betul dedahannaya tanpa mengira kecerahan latar belakang. TTL dipaparkan pada LCD.
  • Zoom Head pada flash gunanya untuk mengawal keluasan sudut liputan cahaya flash. Ianya boleh dikawal secara manual atau automatik. Biasanya, kita membiarkan flash mengawal zoom head secara automatik. Flash akan diubahsuai zoom head bersesuaian dengan larasan focal length lensa anda. Jika anda rakam guna wide angle tetapi zoom head pada tele, maka kesemua bahagian sisi gambar anda tidak akan diterangi cahaya flash. Ini adalah satu kesilapan teknikal, tapi boleh juga digunakan untuk hasilkan kesan Vignette pada gambar.
  • Slow Sync (Front Curtain Flash  &  Rear Curtain Flash). Apabila kita menggunakan shutter speed yang terlalu perlahan, contohnya sekitar 1/30 atau lebih perlahan, ini dinamakan Slow Sync. Dalam hal ini, kita kena memilih di antara Front Curtain Flash atau Rear Curtain Flash. Pemilihannya adalah mengikut kesesuaian rakaman, dan boleh dikatakan pemahaman tentang Slow Sync ini sangat penting terutamanya kepada wedding dan event photographers. Menggunakan kaedah  Slow Sync, cahaya di sekeliling dan kesan pegerakan dapat di rakam.
  • Rear Curtain Flash bermaksud flash akan dipancarkan sebelum Shutter tertutup.
  • Front Curtain Flash bermaksud flash akan dipancarkan pada masa awal Shutter dibuka.
  • Normal Sync bermaksud Flash dipancarkan pada kedudukan Shutter terbuka penuh dari 1/60 sehingga 1/200 atau 1/250
  • Auto FP (High Speed Sync). FP adalah Focal Plane. Apabila flash disetkan kepada FP, kita naikkan High Speed Syncronication antara pancaran cahaya dari Speedlite dengan Shutter. Dalam keadaan ini, kita menggunakan flash dengan Shutter Speed melebihi dari keupayaan Normal Sync kamera tersebut. Jika Normal Sync adalah 1/250, flash akan dapat dipancarkan sehingga 1/4000. Flash akan dipancarkan secara berterusan untuk memberikan hasil yang rata pada setiap inci gambar. Bagaimanapun, kuasa pancaran flash akan dikurangkan sehingga 1/4 untuk memberikan hasil yang baik. Berguna walaupun pada siang hari apabila Aperture yang besar diperlukan untuk gambar potret bagi menghilangkan bayang dan mendapatkan latar belakang kabur.
High  Shutter  Speeds  SYNC 
 Auto  FP  high-speed  sync  menggunakan  flash  dengan kelajuan tinggi
Exif Data : 1/1000 sec, F/2.8
Tanpa Auto  FP  high-speed  sync, latar belakang nampak jelas dan 
subjek jadi gelap
Exif Data : 1/250 sec, F/5.6

Ada pelbagai lagi kawalan flash yang berbeza mengikut model flash anda. Sila rujuk manual flash anda. Terdapat juga beberapa kawalan yang kurang penting dan jarang digunakan seperti :

1. Front Curtain Sync / Normal Sync

Simbolnya adalah ‘Flash’ sahaja atau ikon petir. Ini adalah setting asas bagi flash synchronization. Fungsi ini juga disebut sebagai everytime flash ataupun fill flash. Flash menyalakan dengan tahap kekuatan automatik ataupun ditentukan sebelum shutter ditekan.

2. Red Eye Reduction  

Simbolnya adalah ‘Red Eye’ atau ikon petir dengan mata. Konsepnya sama dengan front curtain sync, namun teknik pancarannya dirancang supaya tidak menimbulkan efek mata merah pada orang yang dirakan foto. Caranya adalah memancarkan flash berkuasa rendah sebelum memancarkan flash utama.

3. Slow Sync

Simbolnya adalah ‘Slow’ dan ikon petir. Mode flash synchronization ini menggabungkan shutter speed perlahan dengan flash. Mode ini sesuai bagi merakam objek dengan latar belakang pemandangan pada waktu malam. Shutter speed perlahan merakam perincian yang sesuai bagi menerangi objek di hadapannya.

4. Slow Sync + Red Eye Reduction

Menggabungkan dua model flash synchronization iaitu Slow Sync dan Red Eye Reducion. Mode ini digabungkan bagi mengelakkan efek mata merah dengan menggunakan slow sync.

5. Rear Curtain Sync

Simbolnya adalah ‘Rear’ dan ikon petir. Ini adalah mode yang terbalik berbanding Front Curtain Sync. Flash menyala beberapa saat sebelum shutter tertutup. Mode ini sesuai bagi merakam foto objek bergerak ketika bayangan pergerakan objek tetap dirakam, namun perincian objek masih ada kerana disinari flash di akhir gerakan.

6. Auto Aperture Flash Mode

7. Non-TTL Auto Flash Mode

8. Distance-priority Manual Flash Mode

9. Repeating Flash / Stroboscopic Flash Mode

Beberapa Teknik Yang Digunakan Dalam Flash

1. Teknik Built-in Flash

Built in atau Pop Up Flash atau adalah flash yang kecil yang terdapat pada badan kamera kita. Ianya mempunyai kuasa dan kebolehan yang terhad. Walaupun demikian, Built in flash ini mempunyai fungsi yang tersendiri di mana kita tidak perlukan cahaya yang kuat atau apabila kita ingin bekerja dengan peralatan minimum dan ringan, contohnya ketika mengembara. Sesuai digunakan bila kita ingin Blend-in supaya kita tidak terlalu menonjol sebagai jurugambar, ini untuk jadikan subjek kita tidak memberikan reaksi yang tidak natural kepada kehadiran kita. Berguna dalam keadaan kecemasan di mana flash besar kita tidak berfungsi

Ada 2 cara untuk perbaiki kesan cahaya Built-in Flash:
a)     Adunan cahaya Built-in Flash dengan cahaya semulajadi
b)     Gunakan Diffuser di depan Built-in Flash

Bila merakam gambar potret di waktu tengahari atau di bawah cahaya panas terik,
bayang yang kuat akan terhasil dari bahagian bawah muka subjek. Bayang yang kuat ini boleh dihilangkan dengan cara menggunakan Built-in Flash.

2. Teknik Direct Flash atau Manual Flash Mode (Power Ratio)

Direct Flash ialah dimana flash dipancarkan terus kepada subjek. Cara ini biasanya menghasilkan cahaya yang kasar dengan bayang yang kuat. Namun, cara ini boleh menjimatkan penggunaan bateri flash dan memberikan masa Recycle yang cepat. Teknik ini sesuai digunakan untuk merakam gambar PR dengan cepat dan tepat. Sesuai untuk rakam gambar wedding dan event. Pastikan  jarak purata gambar akan dirakam. Pastikan jarak pada lensa anda sama dengan nilai jarak kekuatan flash.

Katakan kebanyakkan gambar akan dirakam dalam jarak 1 meter. Gunakan aperture sederhana seperti F 5.6. Lihat jarak yang ditunjukkan pada flash dan lensa. Letakkan kuasa flash secukupnya contohnya 1/4 PowerISO 400 untuk dapatkan exposure yang betul.
Rakam semua gambar pada jarak 1 meter. Jika jarak dengan subjek berubah, laraskan Power Ratio pada flash sahaja.

3. Teknik Diffused Flash

Cahaya Direct Flash boleh dilembutkan dengan meletakkan material lut cahaya di depan flash tersebut. Teknik ini dipanggil Diffused Flash. Material lut cahaya yang diletakkan di depan flash ini boleh melembutkan cahaya flash yang sampai kepada subjek. Tahap kelembutan cahaya bergantung kepada jenis material yang digunakan, ketebalan material dan jarak material dari flash. Namun dengan meletakkan material Diffuser, Soft Box atau Lightsphere di depan flash, cahaya flash yang sampai kepada subjek akan berkurangan berbanding dengan penggunaan Direct Flash.

4. Teknik Pantulan (Bounce Flash)

Satu perkara penting yang kita perlu tahu adalah, cahaya dipantulkan pada sudut yang sama dari arah datangnya cahaya tersebut. Tetapi jika permukaan yang dipantulkan itu adalah kusam (mattle), cahaya akan dipantulkan ke semua arah. Ini menghasilkan cahaya yang lebih lembut dan kelihatan semulajadi. Satu lagi perkara yang kita perlu tahu ialah, apabila cahaya dipantulkan pada sesuatu permukaan yang kusam, kekuatan cahaya tersebut juga akan turut berkurangan. Bounce Flash menghasilkan cahaya yang lembut jika cahaya dipantulkan ke permukaan yang kusam. Anda perlu pastikan permukaan tersebut berwarna putih dan sudut cahaya  pantulan itu datang dari arah yang betul dan menghasilkan kesan cahaya yang betul.

Apabila kita merakam gambar didalam dewan bersyiling tinggi atau tempat yang bersyiling gelap dan berwarna, kita tidak boleh gunakan teknik Bounce Flash ke syiling. Tetapi, kita masih boleh dapatkan cahaya lembut dengan cara ini:

  • Gunakan Reflector jadikan sebagai “syiling” untuk Bounce Flash
  • Gunakan Fill in Card untuk bounce dari depan
  • Gunakan Diffuser berbentuk Soft Box atau Lightsphere

Rotating Head berguna terutamanya untuk memancarkan Bounced Flash. Tetapi, bukan boleh dipusing kepada semua arah.Juga berguna untuk merakam gambar subjek yang memerlukan kecerahan berbeza dalam satu gambar dengan cara mengarahkan kepada flash kearah tertentu. Contohnya, bila merakam gambar seorang berkulit cerah dan seorang lagi berkulit gelap, alihkan kepala flash supaya menghala kepada yang berkulit gelap agar cahaya yang lebih kena kepadanya.

Kelemahan Bounce Flash ialah: 

  • cahaya akan hilang disebabkan oleh  faktor serapan pada permukaan yang dipantulkan dan jarak perjalanan flash ke subjek
  • Flash akan lambat Recycle.
  • Kuasa bateri juga cepat habis.
  • Penggunaansecara berterusan akan menyebabkan flash cepat panas

Untuk mengurangkan masalah ini pekara – pekara berikut perlu di ambil kira:

  • Tingkatkan kuasa flash sebanyak 1 stop bagi mengimbangi kehilangan cahaya flash
  • Gunakan ISO sederhana antara 800  1600
  • Gunakan Aperture besar contohnya F 5.6
  • Bagi mengelakkan bateri cepat panas gunakan Batery Pack
  • Pastikan permukaan yang di pantulkan tidak terlalu tinggi
  • Laraskan Zoom Head pada kedudukan maksimun

    Dengan memantulkan flash pada siling atau dinding anda boleh  melembutkan cahaya supaya
    kelihatan seperti cahaya semula jadi.
Flash dipantulkan ke arah dinding

Teknik Pantulan (Bounce Flash). Dengan memantulkan flash pada siling atau dinding anda boleh  melembutkan cahaya supaya kelihatan seperti cahaya semula jadi. Bayang-bayang lembut pada subjek menambah rupa tiga dimensi kepada imej.

Flash dipantulkan ke arah dinding
Flash di pantulkan ke siling
Flash di pantulkan ke siling

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *