Ancient Photography Notes

Komposisi di istilahkan sebagai menyusun beberapa prinsip rekaan dan elemen rekaan di dalam  kawasan frame gambar supaya lebih menarik dan sedap dipandang.

Komposisi

Foto yang kreatif bergantung kepada kebolehan seseorang jurufoto melihat melalui kamera, menyusun atur subjek utama dan beberapa subjek sampingan kerana setiap frame gambar tidak dapat memenuhi keluasan ruang untuk menyampaikan mesej bagi keseluruhan cerita.

Kamera hanya merakam dan mengasingkan sebahagian dari luas pemandangan mengurangkan dari 3 dimensi kepada 2 dimensi, memperkemaskan gambar, memberhentikan pergerakan objek dan mengubah suasana firasat dan perasaan.

Seorang jurufoto yang hebat akan mengalih perhatian ke sesuatu pemandangan yang memihak serta menyusun ke satu perkara yang penting sahaja. Objek yang tidak penting akan ditinggalkan.

Mengambil gambar tanpa melihat kepada komposisi dan elemen penting membuatkan suasana menjadi kelam-kabut dengan pelbagai latarbelakang atau latardepan yang mengganggu.

Subjek utama menjadi kecil dan kurang diberi perhatian. Ini akan menjadikan keseluruhan gambar tidak jelas dan hambar.

Gambar yang betul-betul sempurna amat jarang didapati. Bagi mencapai satu tahap di mana gambar tersebut betul-betul sempurna anda mestilah faham tentang perkara asas komposisi, prinsip dan elemen. Dalam berbagai cara anda menyusun atur elemen berpandukan prinsip-prinsip fotografi yang menarik perhatian dan jiwa orang yang akan menatap gambar anda.

Dengan membiasakan diri anda menyusun prinsip dan elemen foto, akan melatih diri anda supaya mahir dan cekap dalam suasana dan kaedah kehidupan, bentuk, pencahayaan, kemasyarakatan dan sebagainya. Ini akan membuatkan gambar itu lebih menarik dari suasana yang sebenar.

Bagaimana anda membentuk diri supaya mahir dengan komposisi? Sudah tentunya anda mesti selalu belajar dan banyak latihan praktikal. Setiap kali sebelum memetik shutter, lihat di sekeliling pemidang tilik kamera. Beranggapan bahawa setiap elemen yang dirakam, adanya hubungkait dengan beberapa komposisi, prinsip, elemen rekaan dan prinsip rekaan.

Anda mestilah mahir dengan fungsi butang-butang kamera secara mendalam. Eksperimen dengan kamera dan lihat keputusan adakah ia memenuhi kehendak anda. Dengan bantuan sumber maklumat dan ditambah dengan pengalaman anda secara amnya anda berpendapat, berfikir menerusi kamera dan anda bebas membuat komposisi memberikan tumpuan yang serius memahami prinsip-prinsip dan elemen-elemen bagi menjadikan komposisi itu padat. Lambakan bacaan menerusi majalah, web dan sebagainya, artikel yang berkaitan dengan komposisi.

Anda semestinya menganalisa gambar daripada blockbuster, tv, majalah, buku, suratkhabar dan memperkembangkan pemikiran dari apa yang anda lihat. Apakah yang membuatkan gambar itu bagus atau cerita dalam tv itu indah segalanya. Apakah prinsip yang digunakan bagi menghasilkan komposisi yang dahsyat yang kita dapat gunakan pada gambar lain atau cara yang lain pula supaya gambar tersebut lebih bagus.

Benar atau salah komposisi adalah mustahil untuk ditafsirkan dengan tepat. Tiada undang-undang dan peraturan bagi memastikan bahawa setiap gambar perlu memenuhi komposisi-komposisi yang tertentu. Yang ada hanya elemen dan prinsip rekaan bagi memenuhi citarasa seseorang jurufoto apabila digunakan secara berhemah. Sebelum mengambil gambar, anda perlu melihat dan menyusun komposisi dengan pengelihatan mata anda. Beberapa prinsip dan elemen adalah seperti berikut:

  • 1 – The Rule Of Thirds (Peraturan Sepertiga)
  • 2 – Golden Mean / Golden Ratio / Divine Proportion / Triangle / Rajah Segitiga / Odds Rule / Aturan Ganjil
  • 3 – Symmetrical / Repetition / Rhythm / Pattern & Shadow
  • 4 – Perspective / Vanishing Point
  • 5 – S Shape / S Curve
  • 6 – C Shape / C Curve
  • 7 – Y & V Shape
  • 8 – Foreground
  • 9 – High Angle / Eagle Eye / Birds Eye View
  • 10 – Low Angle / Worm View / Ants View
  • 11 – Balance Factor (Informal, Formal) (Negative, Positive Space) (Sense Of Scale)
  • 12 – Extreme Shot / Closed Up / Micro / Fill The Frame For Impact (¾ Image Size) (¾ Image View)
  • 13 – Action / Decisive Moment / WOW Factor – what on time with value
  • 14 – Diagonal Lines / Leading Lines / Leading To The Subject / Table Edge
  • 15 – Framing

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *