Filter for Landscape Photography


Filter for Landscape Photography
Bagi peminat tegar “Landscape Photography”, Filter adalah pilihan penting selepas membeli kamera dan lensa. Menggunakan Filter bergantung kepada kemahiran masing-masing.
Filter yang menjadikan awan dan air Masjid Putra nampak tenang seperti gambar sebelah kanan adalah Big Stopper 10 Stop ND Filter. Tidak ada yang cukup dalam fotografi tanpa aksesori. Selepas hari ini anda membeli kamera, akan sentiasa memerlukan sesuatu yang lebih untuk merasai pengalaman yang lebih istimewa. Bagi lanskap fotografi Filter adalah pilihan penting selepas membeli kamera dan lensa. Menggunakan Filter bergantung kepada kemahiran masing-masing.
Terdapat hampir 100 jenis Filter, tapi hanya 5 ketegori sahaja yang dianggap senjata penting dalam fotografi lanskap iaitu:
Keseronokan bermula apabila anda berjaya menggabungkan pengunaan ketiga-tiga sekali gus. Dengan kemajuan program pemprosesan imej seperti Adobe Photoshop dan jumlah julat dinamik (Amount of Dynamic Range) yang luas dirakam dalam fail imej, sebahagian daripada anda mungkin berfikir mengapa bersusah payah dengan Filter, sedangkan ia menghasilkan kesan yang sama dari program pemprosesan imej digital ? Ada juga benarnya ungkapan tersebut, terutama dalam editing secara halus menambah kesan Gradual ND Filter kepada imej. Tetapi efek dari Circular Polarising Filter dan Big Stopper tidak dapat di tiru sama sekali. Saya percaya dapat meghasilkan imej yang meletup terus serta merta dari kamera, dan tidak bergantung kepada komputer untuk ‘membetulkan’ imej anda.
2 jenis Filter sistem yang popular iaitu screw-in and slot-in:
Screw-in Filter juga di panggil Round Filter kerana ia berbentuk bulatan untuk dipasang pada hujung lensa melalui screw tread. Sebelum membeli ini, anda perlu periksa saiz Filter biasanya dalam mm supaya anda membeli saiz yang betul. Jenis ini cepat dan mudah untuk digunakan, dan anda akan mendapati sejumlah besar tergolong kepada jenis ND Filter dan Polarisers, tetapi anda jarang melihat Filter Gradual ND. Ini kerana sukar meletakkan paras garisan Gradual ND pada garis horizon, kerana ia perlu berasingan dari lensa ia tidak semestinya akan sentiasa berada di tengah-tengah. Walaupun Filter ini berkualiti tinggi dan mudah untuk digunakan, masalah utama adalah jika anda mempunyai banyak lensa, kemungkinan besar akan perlu membeli banyak saiz Filter yang berbeza. Antara jenama Filter ini adalah Nikon, Canon, Sigma, Tiffen, B+W, Singh-Ray, Haida, Hoya, Marumi, Daisee, Cokin PURE Harmonie, H&Y, JJC, I-Lens, K&F, Kenko, Leica, Linkstar, Phottix, Zeiss dan beberapa jenama lain dari China.
Slot-in Filter atau di panggil Square Filter bentuk empat segi dan berbeza cara pemasangan. Pertama sekali anda perlu untuk membeli Adapter Ring untuk di pasangkan pada hadapan lensa yang sesuai dengan saiz screw tread. Kemudian di pasangkan Holder pada Adapter Ring untuk memasukkan set Filter. Gradual ND, Solid ND dan Circular Polarisers semua boleh dipasangkan sekaligus pada Slot-in Holder.Dengan kaedah Slot-in Filter , lebih baik berfikir ke depan dan melabur ke dalam sistem jangka panjang yang akan menjimatkan wang anda, terutamanya disebabkan jika saling menukar lensa dan berkreatif dengan Filter.terdapat Kit permulaan yang baik dibuat oleh Cokin, kemudian Hitech dengan LEE digunakan oleh golongan profesional. Antara jenama Slot-in Filter ini yang popular adalah Haida,Ray Master, Athabasca, Singh-Ray, NiSi, Zomei, Tian-Ya dan beberapa jenama lain dari China.


Filter untuk Smartphone fotografi



1. Graduated Neutral Density (GND)
Belajar mengunakan Filter Graduated Neutral Density atau cara yang paling tepat untuk menimbulkan warna dan detail pada awan dan langit. Berapa kali ada mengambil gambar pemandangan yang cantik tetapi jadi terlalu cerah.
Langit yang terlalu cerah akan hilang detail dan maklumat di dalamnya (blown out) atau latar hadapan menjadi gelap (underexposed foreground). Ada yang berpendapat ini ada pekara kecil, semuanya boleh edit dalam Photoshop. Ada jurugambar yang mengambil dua imej, satu yang betul dedahan latar depan dan satu lagi yang betul dedahan untuk langit, dan kemudian mencampurkan kedua-dua imej dengan teknik The Luminosity Blend Mode In Photoshop. Ini bermakna lebih banyak masa yang dihabiskan mengedit pada komputer dan kurang menghayati keindahan alam. Bagi saya, sesuai degan kepakaran saya, yang tidak boleh ditafsirkan oleh perisian Photoshop, saya lebih suka untuk memerangi semua ini hanya dengan menggunakan Graduated Neutral Density.
Graduated Neutral Density biasanya diperbuat daripada sejenis bahan Resin dan gelap di atas dan jelas di bahagian bawah. Ketumpatan (Density) pewarna pada separuh bahagian atas mengikut perubahan berapa banyak cahaya yang akan disekat. Ini bermakna anda boleh mengimbangi pendedahan dengan memilih ketumpatan yang betul untuk pemandangan anda.
Memilih Ketumpatan Filter Yang Betul (Choosing the Right Density)
Setiap FilterGraduated Neutral Density tentukan dengan kiraan Stops yang akan mengimbangi pendedahan cahaya iaitu 0.3(1 stop), 0.6(2 stop), 0.9(3 stop), 1.2(4 stop) dan berapa lagi……ada kiraan yang tepat, kita abaikan dahulu. Dengan kemajuan program pemprosesan imej seperti Adobe Photoshop dan Ligthroom, jumlah julat dinamik (Amount of Dynamic Range) yang luas dirakam dalam fail imej, saya berpendapat, merujuk dengan keadaan cuaca negara kita GND 0.9 adalah sesuai.
Namun apabila perbezaan pencahayaan mencapai 2 stop keatas (0.6+), saya pasti akan mengunakan GND 0.9 jika terdapat sumber cahaya matahari yang kuat atau langit terlalu cerah. Terdapat jenama FilterGraduated Neutral Density sehingga 1.2 (4 stop)…tetapi kita boleh menindihkan 2 keping Filter yang berlainan Density.



Graduated Neutral Density tidak hanya terdapat dalam ketumpatan (Density) yang berbeza, tetapi terdapat juga peralihan dalam Hard & Soft yang berbeza mengikut kegunaannya. Ini merujuk kepada cara struktur di mana bahagian yang dicelup peralihan dari kawasan gelap dan beransur-ansur terang. Pengunaan Filter Hard & Soft Grad berbeza mengikut suasana pemandangan dan pencahayaan sekitar. Jika Horizon Line adalah rata seperti laut atau padang terbuka luas, penggunaan Hard ND Grad lebih sesuai. Jika pemandangan gunung dan beralun antara tanah dan langit, penggunaan Soft ND Grad lebih sesuai.
2. Colour Graduated Filter

3. Polarizer
Jika saya boleh mempunyai hanya satu Filter dalam beg saya, saya memilih Polarizer. Mengapa ?
Bagi saya, ketiga-tiga perkara tersebut memberi impak yang besar pada setiap gambar. Apabila cahaya memancar ke seluruh permukaan, sinaran cahaya berselerak menjadi apa yang diistilahkan sebagai Polarizer. Seterusnya, ini menyebabkan pantulan permukaan dan silau, mengurangkan ketepuan warna, contoh terbaik ini adalah pada permukaan berkilat seperti air. Polarizing Filter menghalang cahaya yang bertaburan arah daripada memasuki lensa dengan hanya membenarkan sinaran cahaya melalui dari satu arah pusingan. Ia kedengaran rumit, tetapi ia dilihat amalan terbaik dalam fotografi landskap. Akan kelihatan langit akan bertambah biru dan kepulan awan akan timbul. Polarizing Filter juga boleh mengurangkan silau daripada permukaan bukan logam seperti dedaunan serta meningkatkan ketepuan warna dan akan dapat melihat melalui air dan kaca kerana ia menghapuskan pantulan di mana-mana sudut.


Menggunakan Polarizing Filter adalah paling senang. Pusingkan perlahan-lahan sambil melihat menerusi Viewfinder atau melihat melalui kaedah Live View dari LCD, anda dapat merasai suasana pemandangan dari sekeliling. Pada tahap yng terbaik adalah langit kelihatan biru dan tiada sebarang silau pada permukaan. Polarizing Filter mempunyai sudut optimum pada hari yang cerah, kedudukan 90 darjah dari matahari. Mengunakan Polarizing Filter akan mengurangkan Exposure kepada 2 Stop. Disamping itu ia juga bertindak sebagai Neutral Density Filter.
Circular atau Linear ?
Terdapat dua jenis iaitu Linear dan Circular Polarizer. Kedua-duanya mempunyai fizikal yang sama. Secara personal, elakkan guna Linear Polarizer kerana ia dicipta untuk kamera zaman dulu yang tiada Exposure Meter terbina di dalam kamera. Semua DSLR zaman sekarang sudah terbina Integrated Exposure Meter. Manakala hari ini anda jika mahu menggunakan Polarizing Filter dengan DSLR, anda akan memerlukan versi Circular Polarizer (dipendekkan kepada CPL) . Kedua dua Linear dan Circular Polarizer melakukan kerja yang sama, ia hanya kepada fakta bahawa Circular Polarizer dihasilkan dengan kaedah berbeza, memastikan kamera digital masih boleh mengukur pendedahan dan pemeteran bacaan dengan betul melalui Filter tersebut.
4. Neutral Density (ND)

Pilihan seterusnya senjata dalam fotografi landskap ialah Neutral Density Filter (ND Filter). Tidak seperti Graduated Filter, ia kelihatan warna kelabu pepejal, dengan tiada bahagian yang jelas cahaya dan bentuknya segi empat tepat. Pada dasarnya, satu-satunya tujuan utama penapis jenis ini adalah untuk menghalang cahaya masuk, sekaligus memperlahankan kelajuan Shutter. Ia tidak akan menjejaskan keseimbangan warna dan benar-benar Neutral, mempunyai kesan seragam yang sama di seluruh permukaan. Memperlahankan kelajuan Shutter, akan merakam kesan pegerakan atau tidak merakam pergerakan. Kebanyakan kegunaan yang paling popular adalah untuk merakam pegerakan air terjun dan awan, mengaburkan pergerakan orang ramai yang berjalan, dahan pokok yang bergoyang ditiup angin, kesan pegerakan kesan ombak yang kreatif dan langsung tidak merakam kesan pegerakan sehingga kelihatan sunyi sepi. Penggunaan lain adalah jika anda mahu untuk mengambil gambar objek dalam keadaan Paning tetapi keadaan cahaya dalam kelajuan Shutter terlalu cepat untuk mendorong objek menjadi kabur. Mengunakan Neutral Density Filter (ND Filter) akan membolehkan anda untuk menggunakan kelajuan Shutter yang lebih perlahan walaupun pada hari yang cerah.


Memilih Density Yang Betul. Sama seperti Filter Graduated Neutral Density (GND), ia datang dalam pelbagai versi kekuatan ketumpatan (Density) yang dikenali sebagai hentian (Stop). Pilihan yang paling popular adalah 0.9 (3 stop), 1.8(6 stop) atau Little Stopper, 3.0(10 stop) atau Big Stopper dan 4.5(15 stop) atau Super Stopper yang akan menjadikan siang seperti malam.

Kembali kepada asal, sehingga 1.2(4 stop) Density, kamera masih boleh Autofocus dan Metering melaluinya dan anda masih akan dapat melihat melalui pemidang tilik. Walau bagaimanapun, apabila anda pergi kepada ketumpatan (Density) yang lebih, imej akan Underexposing, jadi kita perlu untuk tukar ke Manual Mode. Kebanyakan kamera adalah terhad kepada 30 saat paling lama Shutter pada Manual Mode, jadi untuk pergi lebih lama daripada 30 saat, kita perlu menukar kepada Mode Bulb B dan semestinya menggunakan Wireless Remote atau Cable Release yang mempunyai Timer untuk mula dan berhenti pendedahan yang berpanjangan.


ND Filter ditentukan merujuk kepada ketelusan Optical Density, Filter Factor atau kadar pengurangan cahaya (F Stop Reduction). Mengambil bacaan meter sebelum meletakkan ND Filter dan mengira berapa banyak stop untuk menambah masa pendedahan anda bagi mendapatkan pampasan dari ND Filter yang anda gunakan. Jika anda menggunakan ND 3 Stop maka anda perlu menambah 3 Stop lagi semasa pendedahan anda. Terdapat banyak jadual yang disediakan untuk di bawa bersama bagi menentukan ini, atau lebih baik hari ini terdapat aplikasi Google dari Play Store telefon pintar, bermakna anda boleh mengira mana-mana sahaja dalam perjalanan. Sebagai contoh, sebelum memasang Filter, Exposure Metering adalah 1/250, f / 16, ISO 100. Jika anda meletakkan 3 Stop ND Filter, anda perlu untuk mengimbangi dedahan ini dengan melakukan salah satu daripada tiga perkara:
Langkah Keselamatan
- Pastikan Filter 3.0(10 Stop) atau Big Stopper dan 4.5(15 Stop) atau Super Stopper di pasangkan pada lensa ketika membuat Long Exposure. Tanpa Filter, sensor akan TERBAKAR 🌋
- Pastikan tiada langsung cahaya yang Leaking di antara Filter dengan Holder. Jika ada sedikit Light Leaking, akan terbentuk tompok kemerahan pada gambar.
Nota: Hoya, B+W, Cokin guna kaedah Filter Factor, rujukan ND2, ND4, ND64, manakala Lee, Tiffen, Haida guna kaedah Optical Density, rujukan 0.3, 0.6, 0.9, 1.2
5. Reverse Graduated Natural Density (RGND) Filter
Filter ini saiznya sama dengan GND Filter, cuma kesan cerah Gradual ND bermula dari atas hingga semakin gelap ke bahagian tengah Filter dan sangat berguna jika jurufoto ingin merakam pemandangan Sunset atau Sunrise di mana matahari betul-betul berada di garisan Horizon di mana pada ketika itu langit dan Foreground gelap, tetapi di bahagian Horizon terdapat kecerahan yang ketara.



6. Gold N Blue Polarizer


Aperture Priority, WB Auto,
ISO 1000, 1/13 sec, F/5.6,
SingRay Gold N Blue Polarizer

Aperture Priority, WB Auto,
ISO 1000, 1/10 sec, F/5.6,
SingRay Gold N Blue Polarizer

Membuat sesuatu daripada tiada, kadang-kadang tanggungjawab saya sebagai jurufoto landskap. Saya sering bangun pada jam 4 pagi untuk memandu ke lokasi untuk tugasan atau untuk kerja peribadi hanya untuk mencari langit tanpa tekstur atau tasik tanpa warna. Subjek yang cadangkan untuk penggambaran adalah sama hebatnya seperti yang saya fikirkan dan mendapat komposisi yang tesusun, tetapi cahaya matahari pagi atau petang tidak seperti yang saya harapkan. Sesuatu yang diharapkan ialah, kita perlu pulang ke rumah dengan sesuatu.
Bagi mereka yang baru minat dalam fotografi landskap, saya akan membongkar satu senjata rahsia. Ia adalah masa yang untuk mempunyai senjata rahsia seperti Filter Singh-Ray Gold-N-Blue Polarizer di dalam beg kamera anda.

1/1000s, F8, ISO 400,
Aperture Priority, WB Auto,
Singh Ray Gold-N-Blue Polarizer,
Lokasi : Putrajaya.

Aperture Priority, WB Auto,
ISO 1000, 1/200 sec, F/8,
Singh Ray Gold-N-Blue Polarizer,
Lokasi : Putrajaya
Polarizer Gold-N-Blue menimbulkan kesan warna dengan baik pada bahagian langit dan air. Boleh digabungkan bersama Vari-ND untuk mendapatkan warna dramatik langit yang cerah dan menambah butiran pada bayangan imej. Setiap kali anda memutarkan Filter untuk mendapatkan kesan polarisasi dengan Polarizer Gold-N-Blue, anda akan melihat kawasan yang mencerminkan cahaya pada tempat tersebut yang berubah dari kuning keemasan dan kemudian ke nada biru yang dramatik. Eksperimen untuk mencari keadaan suasana yang anda suka. Warna terpolarisasi paling kuat apabila kanta anda menunjuk pada sudut 90 ° ke matahari. Walaupun tidak ada cahaya matahari, Gold-N-Blue akan sering mengambil refleksi polarisasi cukup untuk menambahkan kehidupan baru kepada imej. Kawasan yang tiada refleksi cahaya kekal tidak berubah. Keseimbangan warna atau White Balance disetkan pada Auto Mode bersama Filter Gold-N-Blue pada lensa anda. Menggunakan fail RAW juga akan memberikan anda fleksibiliti yang paling dalam pasca pemprosesan.
Gold-N-Blue Polarizer Filter secara teknikal adalah Circular Polarizer atau CPL. Memiliki Circular Polarizing (CPL) Filter adalah salah satu perkara paling penting dalam beg jurugambar landskap. Fungsi pentingnya sebagai tambahan menimbulkan detail pada langit dan menghilangkan Reflection. Umpama jika mengambil gambar air terjun dengan refleksi dari cahaya matahari yang terus pada air. Tanpa menggunakan CPL untuk mengurangkan silau, detail yang terperinci di tempat-tempat yang terang itu tidak dapat ditangkap (capture) dan sukar untuk dipulihkan dalam pasca pemprosesan walaupun kebanyakan masalah boleh dipulihkan sedikit sebanyak, tetapi ia tidak boleh 100%. Gold-N-Blue Polarizer berfungsi dengan kaedah berbeza. Disamping mengurangkan refleksi cahaya, ia mengisi dengan warna terang, sama ada emas atau biru seperti yang mungkin anda jangkakan. Gold-N-Blue Polarizer tidak semestinya sebagai CPL yang biasa, tetapi ia akan memberi anda banyak pilihan kreatif apabila berada di lokasi, terutamanya pada hari-hari yang membosankan dan suram.
Apabila menggunakan Gold-N-Blue Polarizer, anda boleh melaraskan perubahan warna dengan memutarnya apabila ia dilekatkan ke hadapan lensa, sehingga anda mendapat kekuatan warna yang diinginkan itu, samada emas atau biru. Seperti yang anda dapat lihat terdapat pelbagai situasi dengan Singh-Ray Gold-N-Blue Polarizer boleh digunakan untuk menimbulkan beberapa kehangatan atau kesejukan ke dalam landskap yang tidak bermaya.

Aperture Priority, WB Auto,
ISO 1000, 1/80 sec, F/8,
Manual Flash 1/4 Power Ratio,
Singh Ray Gold-N-Blue Polarizer
Lokasi : Felcra Seberang Perak

Aperture Priority, WB Auto,
ISO 640, 1/4 sec, F/22,
Singh Ray Gold-N-Blue Polarizer,
Lokasi : Bagan Nakhoda Omar
Akhir sekali bila kita bercakap pasal Filter biarlah ianya jelas adakah UV Filter atau CPL Filter, ND Filter, GND Filter, RGND Filter atau lain-lain Filter yang tidak dinyatakan disini. Ada belbagai jenis Filter yang berada di pasaran pada masa kini seperti Special Effect Filter, Color Filter, Warming & Cooling Filter, Gold & Blue Polarizer serta lain-lain lagi. Apa beza kamera murah dgn kamera yang mahal? Menggunakan konsep yang sama pada Filter. Yang mahal memudahkan kerja, Snap dan terus Perfect. Seperti mana juga dengan Filter, yang mahal kurang dan hampir tiada gangguan dan perubahan warna (Color Cast), Ketajaman ( Sharpness ) pada gambar tidak berubah walaupun pun dengan Filter di depan lensa, mudah untuk Autofocus, tahan calar ( bergantung jenis material ) dan pendek kata kita beli Filter untuk kepuasan di lapangan. Apabila selesai memetik Shutter, terus dapat gambar yang cantik. Dengan sedikit penerangan diatas semoga ianya dapat membantu teman-teman untuk berlanskap dengan lebih baik lagi.