Kenapa “Rule Of Third” perlu dipatuhi ?
Apabila diperkatakan bahawa gambar yang hebat, ia bergantung kepada pencahayaan dan komposisi, bukannya peralatan kamera mahal. Disini kita akan memperbincangkan teknik komposisi yang dipanggil Peraturan Sepertiga (Rule of Thirds). Ia adalah satu peraturan yang amat mudah untuk difahami kerana boleh mengubah foto yang membosankan menjadi sesuatu yang lebih menarik dan visual menyenangkan.
Peraturan Sepertiga adalah satu garis panduan mudah untuk membantu anda menghasilkan gambar yang lebih cenderung untuk kelihatan menakjubkan berdasarkan bagaimana anda mengarang dan merangkakan subjek anda.
Namun begitu, saya ingin tekankan bahawa Peraturan Sepertiga adalah garis panduan, dan bukannya peraturan mesti ikut dalam menghasikan gambar yang baik. Kadang-kadang, melanggar peraturan fotografi juga boleh menghasilkan beberapa gambar yang menakjubkan.
Asas komposisi ini lebih kepada kedudukan subjek (bahan penceritaan sesebuah foto) yang perlu berada 1/3 dari keseluruhan bingkai foto kita. Caranya kita perlu membahagikan 1/3 bahagian melintang juga menegak dan subjek perlu berada di garis pertemuan samada sebelah kiri atas atau bawah ataupun kanan atas atau bawah. Subjek boleh berada di mana-mana titik persilangan tetapi tiada syarat subjek mesti berada tepat di 1/3. TIDAK PERLU gunakan pembaris untuk mengukur kedudukan subjek dengan tepat, memadai anggaran 1/3 dari keseluruhan bingkai foto.

1/1300 sec, F/2.8
ISO 1600, White Balance Auto,
Lokasi : Pantai Bagan Nakhoda Omar
Bila perlu gunakan Rule of Thirds ? Ia boleh digunakan bila-bila masa dan untuk semua kaedah fotografi samada lanskap, panorama, potret, makro, jurnalis, sukan dan lain-lainnya. Perlu difahami juga, ianya asas sahaja dalam memperelok komposisi, dan kita perlu terikat dengan asas ini pada setiap masa. Komposisi ini amat membantu menyerlahkan hasil karya secara keseluruhannya.
Kenapa RO3 perlu ini dipatuhi ?
1) Fakta saintifik~Mengikut kajian Optomatik, mata manusia secara amnya lebih cenderung untuk melihat kedudukan sesuatu subjek pada kedudukan 1/3 dari keseluruhan bingkai gambar. Dengan itu subjek bagi penceritaan akan lebih terfokus pada kedudukan RO3. Mata akan memerhati subjek dan faham akan kisah di sebalik foto berkenaan.
2) Faktor keluasan lanskap~Apabila kita mengambil foto lanskap, panorama, seperti pemandangan lautan membiru, sawah menghijau, gunung ganang dan lainnya, kita ingin ia kelihatan seluas mata memandang. Kedudukan subjek yang berada di tengah-tengah akan mengganggu pemandangan lanskap kita dan kelihatan sempit panoramanya. Pemandangan latar belakang akan kelihatan sempit dilindungi oleh subjek kita.
Kesimpulannya tiada syarat wajib untuk subjek berada pada RO3. Cukuplah difahami bahawa RO3 membantu memperelokkan komposisi foto yang diambil. Boleh sahaja ianya disusun semula atau dipelbagaikan (Break the Rule), asalkan kita faham tujuan karya itu dihasilkan juga bantuan prinsip-prinsip fotografi yang membantunya seperti Balancing Factor, Symmetrical & Repetition, Golden Mean dan lainnya. INGAT, setiap karya ada kisahnya dan ianya terlahir dari hasil idea kita.

Aperture Priority, 1/100 sec, F/11,
ISO 800, White Balance Shade, Cokin Sunset 2 & Haida GND 0.9,
Manfrotto Tripod,
Lokasi: Pantai Kelanang, Morib

Nikon D700, 20mm, Aperture Priority, 1/30sec, F/8, ISO 800,
Manfrotto Tripod,
Singh Ray Gold & Blue Polarizer,
Lokasi: Pantai Kelanang, Morib