Apakah Aperture Priority

Dalam Mod AUTO, kamera secara automatik mencari warna “Medium Grey Hue” pada lokasi pemandangan bagi menentukan Exposure yang betul.

“Apakah Aperture Priority”  Anda Bertanya ! Adalah menjadi satu “penipuan” yang mengatakan bahawa  Mod Manual adalah yang terbaik. Mungkin mereka merasakan dalam “Mod Manual“, boleh mengawal semua keadaan dan kawalan pada kamera. Mungkin mereka tidak meggunakan kawalan auto sepenuhnya, atau tidak faham bagaimana kombinasi Aperture Priority berfungsi dan bertindak balas degan sistem kamera. Walau bagaimanapun, saya berani berhujah mengapa jurugambar landskap harus mengunakan dalam mod Aperture Priority.

Ramai jurufoto menggunakan “Mod Manual“, pilihan di mana anda memilih semua tetapan itu adalah hak anda. TETAPI, dalam perjalanan ini, saya akan menyelinap ke dalam mod Aperture Priority, salah satu kaedah separuh automatik pada kamera DSLR saya.

Hari ini saya akan menerangkan mod Aperture Priority dan bila anda mungkin mahu menggunakannya.

Exposure Dial

Adakah ini kelihatan seperti di atas? Saya yakin bahawa ia adalah icon tersebut.

Apabila saya bercakap tentang mod “separa automatik”, saya hanya bercakap tentang 3 tetapan yang akan anda temukan di sana. Ketiga tetapan tersebut adalah ;

  • P – Programmed Auto
  • A / Av – Aperture Priority
  • S / Tv – Shutter Priority

P bermaksud auto diprogramkan

Ini bermakna kamera secara automatik menyesuaikan Shutter dan Aperture. Ia hampir sama dengan auto, tetapi anda mempunyai kawalan ke atas semua tetapan lain (ISO, flash, dll.). Saya tidak menggunakan tetapan ini kerana ia tidak jauh berbeza dengan auto.

A atau Av bermaksud Keutamaan Aperture (Aperture Priority)

Ini bermakna anda menetapkan Aperture mengikut kehendak anda dan kamera menyesuaikan tetapan Shutter. Saya menggunakan mod ini paling banyak sejak 3 generasi. Ia berfungsi dengan baik untuk bila-bila masa anda ingin mengawal Aperture. Contohnya, apabila mengambil gambaran landskap, anda mahu memilih bukaan nombor yang tinggi untuk mendapatkan “Depth of Feild” yang banyak. Atau, apabila anda ingin memilih Aperture nombor rendah untuk mengaburkan latar belakang potret yang kabur, kamera menyesuaikan tetapan shutter untuk saya.

S atau Tv bermaksud Keutamaan Shutter (Shutter Priority)

Ini bermakna anda menetapkan kelajuan Shutter mengikut kehendak anda dan kamera menyesuaikan Aperture. Mod ini hebat apabila anda mahu memberhentikan pergerakan atau menunjukkan kesan pergerakan. Jika saya mahu menangkap gambar orang berjalan, maka saya mungkin mahu kelajuan pengatup yang cepat seperti 1/500 atau 1/1000. Sekiranya saya ingin membuat sedikit kabur untuk menunjukkan sesuatu sedang bergerak, saya akan memilih shutter perlahan seperti 1/60 atau 1/30. Kamera akan menyesuaikan tetapan Aperture untuk saya.

*Hot Tip*

Jika anda ingin menggunakan mod automatik tetapi mendapatkan hasil yang serupa dan lebih pantas dari menggunakan mod manual, cuba jalan pintas ini. Tetapkan kamera anda ke salah satu mod di atas dan ambil gambar. Jika anda mendapati bahawa hasilnya adalah gelap atau terlalu cerah, gunakan butang “Exposure Compensation” untuk menyesuaikannya. Setkan  kepada “Exposure Compensation kepada “+ 0.7” untuk mendapatkan gambar lebih cerah atau “- 1.0” supaya gambar sedikit gelap tetapi lebih detail. Dengan cara ini dalam apa jua pencahayaan pun kamera akan memberikan bacaan tepat selagi metering kamera masih berfungsi.

Jika anda mengambil gambar dalam Mod Aperture Priority, anda masih boleh menentukan tetapan berikut pada kamera anda.

Satu-satunya perbezaan dengan Mod Manual ialah kelajuan Shutter kini ditetapkan “secara automatik” oleh kamera anda (berdasarkan bacaan Metering), dan menggunakan butang Exposure Compensation untuk mengawal pendedahan. Inilah langkah-langkahnya.

  • ISO – jika boleh, set pada ISO yang terendah
  • Aperture – set pada F/ 22.0
  • Buat Test Shoot Exposure – lihat hasil gambar
  • Fine Tuning – Menggunakan butang Exposure Compensation untuk menyesuaikan pendedahan foto.
Nikon D700, Tamron 28-300,
Aperture Priority, WB Auto,
ISO 200, , 1/25 sec, F/22
Lokasi : Taman Tasik Taiping
Nikon D700, Tamron 28-300,
Aperture Priority, WB Auto,
ISO 200, , 1/8 sec, F/22
Lokasi : Taman Tasik Taiping

Aperture Priority (A-Nikon, Av-Canon) membolehkan anda untuk menetapkan Aperture untuk apa sahaja bukaan nilai F-stop yang anda mahu, dan membiarkan kamera melaraskan kelajuan pengatup (Shutter) untuk mendapatkan imej yang betul. Dengan fotografi landskap, kita sabar menunggu dalam masa yang lama. Menggunakan kaedah manual memerlukan anda berulangkali melihat setiap bacaan pada metering dan melaraskan tetapan untuk sebarang kesilapan dan perubahan cahaya dalam imej anda. Tetapi jika berlaku perubahan cuaca secara tiba-tiba semasa anda masih remeh-temeh mengenai setting dan butang kawalan pada kamera? Anda terlepas satu kejadian yang indah……..menyesal !! Melihat pada gambar di bawah sekali, pencahayaan adalah sekata di seluruh kawasan. Jika sinaran cahaya memancar ke dalam taman, menembusi celah dahan pokok, akan membentuk tompokan cahaya yang gelap dan terang secara tiba-tiba. Dalam kawalan manual sepenuhnya, anda tidak akan dapat melaraskan tetapan dengan cepat untuk mendapatkan setiap imej yang betul pada setiap detik waktu dan ketika. Oleh yang demikian, sekiranya anda mengunakan Aperture Priority, ia bertindak sebagai penyelamat pada kejadian yang berlaku seperti ini. Ia akan melaraskan tetapan Shutter untuk anda, supaya anda terasa “kepanasan” ketika rancak merakam imej, dan memastikan bahawa anda mencapai tahap imej yang dikehendaki. Stigma Aperture Priority sebagai “Point & Shoot” adalah salah. Dalam kaedah manual, ia bukanlah satu cabaran teknikal untuk melaraskan Shutter dan Aperture, jadi mengapa anda membuang masa memikirkan hal tersebut ? Bukannya kerana kita boleh melakukannya, tetapi masa yang ada adalah lebih baik diperuntukan untuk melihat belbagai komposisi yang bagus supaya imej jelas kelihatan lebih mantap. Saya tidak faham kenapa jurugambar landskap yang tidak menggunakan Aperture Priority pada kebanyakan masa. Ia dilihat sebagai normal, dan tidak boleh dibiarkan hanya kerana stigma. Anda perlu faham, ada ketikanya kita perlu menggunakan kaedah manual sepenuhnya, ia sudah tentu, dalam sesetengah keadaan anda akan mengunakan kaedah manual kerana lebih praktikal daripada Aperture Priority, tetapi itu tidak bermakna anda perlu melakukannya sepanjang masa. Dalam Aperture Priority, kamera kadang-kadang sedikit lebih terang atau sedikit gelap pada imej anda (Slightly Over or Underexpose Your Image). Jika ini berlaku, gunakan “Exposure Compensation” untuk menyesuaikan pendedahan. Dalam Aperture Priority, apabila anda memerlukan kelajuan Shutter yang lebih laju, apa yang anda perlu lakukan adalah menambahkan ISO. Dengan cara ini anda masih mempunyai kawalan sepenuhnya ke atas tetapan kamera, dan menyesuaikan ISO untuk mencapai kelajuan yang dikehendaki akan menjadi kebiasaan. Seperti yang anda lihat, ia masih seperti kelihatan sama seperti kaedah manual, tetapi kesalahan yang akan menyebabkan dedahan imej tidak betul, adalah jauh sekali. Malah jika anda tidak yakin, boleh cuba, saya jamin anda akan dapat imej seperti mana yang anda idamkan.

Jika anda mahir menggunakan Mod Aperture Priority, anda akan lebih fokus pada komposisi daripada bermain-main melaraskan ISO, Shutter dan Aperture. Walaupun anda menggunakan Mod Manual pada kamera, ia sebenarnya bukan cara manual yang betul kerana Jurufoto masih merujuk kepada pemeteran terbina bersepadu dalam kamera (camera’s integrated built-in metering). Kaedah manual yang betul ialah mengambil bacaan menggunakan meter cahaya. Kita hanya perlu menggunakan Mod Manual jika keadaan di luar sistem pemeteran, seperti Milky Way, Long Exposure atau menggunakan Studio Light kaedah manual.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *