The Rule Of Thirds (Peraturan Sepertiga)

Meletakkan subjek utama dalam garis-garis yang bersilang sahaja. Walau bagaimanapun subjek utama boleh di mana-mana kecuali di bahagian tengah.

Apa Itu Rule of Thirds?

Bayangkan imej anda dibahagikan kepada sembilan bahagian yang sama besar dengan dua garisan mendatar dan dua garisan menegak yang melintasi:

2) Meletakkan Subjek Utama

Titik-titik persilangan garisan ini (empat titik) dikenali sebagai Point of Interest iaitu tempat paling sesuai untuk meletakkan subjek utama atau elemen penting.

Secara semulajadi mungkin meletakkan pusat utama di tengah-tengah skrin. Peraturan Sepertiga memberitahu kita untuk meletakkan subjek utama di mana garisan bersilang atau bahagian tepi sedikit, ditandakan dengan titik-titik merah. Ia dirujuk kepada “Point of Interest

Konsep meletakkan elemen dan subjek utama pada “Point of Interest” akan mewujudkan gambar yangl ebih seimbang menjadi tarikan, melapangkan fikiran dan mudah difahami.

Walaupun tiada subjek pada titik persilangan, selagi masih terdapat 3 bahagian, masih dianggap Rule Of Thirds atau Layering

🎯 Tujuan Rule of Thirds

  1. Mencipta keseimbangan visual – imej tidak nampak terlalu simetri atau membosankan.
  2. Menggalakkan pandangan semula jadi mata – mata cenderung tertarik ke titik-titik persilangan.
  3. Memberi ruang negatif – membantu subjek “bernafas” dan tidak terlalu sempit.

📷 Contoh Aplikasi dalam Fotografi

  • Potret: Letakkan mata subjek pada garisan atas atau titik persilangan.
  • Landskap: Letakkan garisan horizon pada garisan bawah atau atas, bukan tengah.
  • Aksi / Gerakan: Biarkan ruang di hadapan subjek untuk menunjukkan arah gerakan.

⚠️ Bila Sesuai, Bila Tidak?

  • Sesuai: Untuk hampir semua jenis fotografi, terutamanya jika anda mahu hasil yang seimbang dan menarik.
  • Tidak Sesuai: jika terdapat komposisi, kreativiti dan mesej visual lain yang lebih sesuai.

📌 Kesimpulan

Rule of Thirds bukan peraturan wajib, tetapi panduan untuk mencipta imej yang lebih menarik dan bercerita.
Anda bebas untuk langgar peraturan ini, asalkan anda tahu kenapa anda lakukannya.

Nikon D700, 20mm,
ISO 400, 30 sec, F/5.6,
Lokasi : Wang Kelian, Perlis
Nikon D700, 20mm,
Aperture Priority, ISO 200, 1/8sec, F/11,
SB900 TTL Fill in Flash,
Lokasi : Putrajaya
Nikon D700, Lensa 20mm,
Aperture Priority,ISO 400, 1/1000 sec, F/11,
Haida 0.9 Gradual ND Filter,
Lokasi : Putrajaya
Nikon D700, Tamron 28~300mm,
Aperture Priority, ISO 800 1/250 sec, F/8,
Cokin Tobacco Filter,
Lokasi : Tasik Timah Tasoh, Perlis
Nikon D700, Tamron 28~300mm,
Aperture Priority, ISO 800, 1/250 sec, F/8,
Lokasi : Arau, Perlis
Nikon D700, Lensa 20mm,
Aperture Priority, ISO 200, 1/30 sec, F/16,
Cokin Tobacco Filter,
Lokasi : Putrajaya
Nikon D700, Lensa 20mm,
Aperture Priority, ISO 100, 1/500 sec, F/8,
B+W Circular Polarizing Filter,
Lokasi : Pulau Gusungan, Semporna, Sabah

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *