Symmetrical, Repetition, Rhythm, Pattern & Shadow
Asas komposisi sebelum ini menekankan penggunaan Rule of Thirds, maka asas Symmetrical / Repetition ini membolehkan kita bebas dari terikat dengan Rule of Third. Syaratnya setiap benda perlu sama kiri dan kanan atau atas dan bawah, maka ia adalah Symmetrical / Repetition. Foto dirakam kelihatan sama rata, sama berat seperti pantulan cermin atau duplikasi. Maka setiap foto yang diambil telah mememenuhi syarat komposisi ini. Tiada syarat wajib komposisi ini mesti sama 100% kiri dan kanan memadailah ianya kelihatan hampir sama kerana asasnya kita ingin menonjolkan ialah Symmetrical / Repetition. Kesimpulannya, Symmetrical / Repetition boleh apa sahaja dan tidak perlu diukur tepat sepenuh nya untuk menghasilkannya. Ianya tetap mengerlahkan hasil karya foto kita apabila kita melihat suasana dan keadaan persekitarannya
1. Symmetrical
- Definisi: Keseimbangan visual di kedua-dua belah imej-kiri dan kanan, atau atas dan bawah-kelihatan hampir sama atau seimbang. Dibahagikan atau berpecah kepada dua
- Kesan: Memberi rasa harmoni, kestabilan dan ketenangan.
- Contoh: Bayang-bayang objek di dalam air atau cermin.
2. Repetition (Pengulangan)
- Definisi: Unsur atau objek yang berulang-ulang dalam bingkai.
- Kesan: Mewujudkan struktur dan tumpuan visual. Kadang-kadang membawa rasa gerakan atau arah.
- Contoh: Deretan tiang, tingkap, atau manusia dalam barisan.
3. Rhythm (Irama Visual)
- Definisi: Pergerakan visual yang terhasil daripada pengulangan dan selang (spacing) objek atau bentuk. Gerakan yang sama, segerak atau objek seragam dan berulang kali
- Kesan: Mewujudkan aliran dan pergerakan dalam imej, mengajak mata penonton mengembara dalam foto.
- Contoh: Bayang-bayang pokok sepanjang jalan, langkah kaki seseorang.
4. Pattern (Corak)
- Definisi: Susunan elemen visual yang berulang dalam cara yang konsisten dan boleh dijangka.
- Kesan: Memberi keindahan visual, tekstur, dan kedalaman. Corak yang terganggu boleh jadi titik fokus.
- Contoh: Jubin lantai, kisi-kisi tingkap, anyaman bakul.
5. Shadow (Bayang)
- Definisi: Kawasan gelap yang terhasil apabila cahaya dihalang oleh objek.
- Kesan: Memberi dimensi, mood, drama dan kontras kepada gambar. Boleh menjadi subjek utama.
- Contoh: Bayang manusia di dinding, bentuk geometri bayang pagar atau pokok.
Konsep Symmetrical / Repetition?

Symmetrical / Repetition sangat popular di kalangan jurugambar yang serius, yang bergantung pada semua jenis objek reflektif untuk kesan yang menakjubkan, seperti tingkap kereta, bumbung kereta, bangunan yang dinding berkilat, tasik yang tenang, lopak air selepas hujan, cermin kereta, skrin telefon pintar atau sebarang benda yang ada kesan reflektif. Apabila bercakap tentang fotografi refleksi, satu-satunya had ialah imaginasi dan kepintaran anda. Sesetengah jurugambar membawa botol air untuk membuat lopak air, cermin dan kepingan plastic Akrilik apabila di perlukan.

Lokasi: Petaling Street, Kuala Lumpur,
Nikon D700, 55mm F/1.2,
Aperture Priority, ISO 800, 1/1600 sec, F/5.6

Lokasi: Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur,
Nikon D700, Tamron 90mm MACRO,
Aperture Priority, ISO 640, 1/160 sec, F/6.3

Lokasi : Sky Mirror, Kuala Selangor
ISO 3200, 61 sec, F/5.6

ISO 41, 1/646 sec, F/1.8