Flash & High Speed Sync

High Speed Sync

Sebelum kita boleh bercakap mengenai penyegerakan kelajuan tinggi (High Speed Sync-HSS ), kita perlu membincangkan apakah yang dimaksudkan dengan penyegerakan Flash. Penyegerakan Flash adalah ciri yang dikawal oleh komputer di mana Flash dan kelajuan bilah2 Shutter disegerakkan supaya Output cahaya Flash menerangi subjek pada ketika dan saat tertentu bagi  mendedahkan sensor imej pada cahaya.

Terdapat had untuk kelajuan Shutter, dan ini adalah penyegerakan normal DSLR kamera dan ia berlaku sangat cepat (1/60s, 1/125s, 1/200s, 1/250s , dan lain-lain). Pada ketika ini bilah2 Shutter sudah mencapai tahap terbuka sepenuhnya bergantung kepada model kamera. Apabila kelajuan Shutter melebihi had normal Flash Sync, bilah2 Shutter akan bergerak secara perpasangan.

  1. Apakah Flash Sync Berkelajuan Tinggi? Flash Sync berkelajuan tinggi adalah keupayaan DSLR anda untuk menggunakan Flash pada kelajuan Shutter lebih cepat daripada penyegerakan normal kamera. Kebanyakan kamera mempunyai normal Flash Sync semulajadi 1/250 sec, dan apa-apa yang lebih cepat daripada yang di luar kemampuan kamera untuk menyegerakkan Shutter dengan Flash. Tetapi jika anda berada dalam keadaan yang memerlukan Aperture yang besar seperti F/1.4,  dan normal Flash Sync Shutter terhad kepada 1/200s sahaja, maka akan menyebabkan Over Expose atau Wash Out. Walau bagaimanapun, kombinasi Shutter  pada kamera Flash Sync berkelajuan tinggi, membolehkan anda menggunakan Flash pada Aperture F/1.4 dalam keadaan cahaya yang terang tanpa merosakan imej.
  2. Bagaimana untuk menggunakan Flash Sync Berkelajuan Tinggi? Sebagai contoh, anda mungkin mahu mengambil potret Outdoor, dan meter TTL anda memberitahu anda bahawa f-stop harus ditetapkan pada F/16 dengan Shutter 1/125 sec (Sunny 16 Rule). Tetapan itu akan memberikan ketajaman yang banyak dan latarbelakang akan jelas kelihatan. Hampir segala-galanya akan menjadi jelas. Sebaliknya, apa yang anda mahukan adalah subjek tajam, tetapi latar belakang yang lembut dan kabur, yang akan dicapai dengan aperture sekitar F/2. Itulah enam Stop perbezaan cahaya, yang bermakna kelajuan shutter perlu naik hingga 1/5000 sec. Ini mudah dicapai dengan menetapkan Flash Sync Berkelajuan Tinggi.
  3. Tetapi bagaimana ia berfungsi? Pada dasarnya, pada kelajuan Flash Sync Berkelajuan Tinggi, bilah hadapan Shutter mula bergerak secara perpasangan, hingga bilah belakang menutup sepenuhnya. Apabila bilah2 Shutter bergerak secara perpasangan, Exposure bergerak ke seluruh sensor imej ketika berada di dalam lingkungan pendedahan Flash Sync Berkelajuan Tinggi. Oleh yang demikian Flash akan memancar berterusan sebanyak 3 kali pada ketika Flash Sync Berkelajuan Tinggi berbanding dengan keadaan Normal Flash. Kesimpulannya Flash Sync Berkelajuan Tinggi memberikan anda kawalan artistik ke atas foto anda, terutamanya dalam Mode Aperture Priority. Apabila anda menguasai penggunaan teknik flash ini, anda akan dapat mengambil gambar yang akan menarik perhatian orang dan membuat mereka tertanya-tanya bagaimana ia dilakukan. Flash Sync Berkelajuan Tinggi mengatasi batasan sinkronik Normal Flash Sync kamera. Itulah rahmat kepada jurugambar yang selalu mengharapkan hanya satu atau dua kali petik sahaja, gambar sudah lain dari kebiasaan.
Canon EOS 50E, lensa 100mm (Macro),
Fujicolour ISO 200, F/11, Flash 1/8 Power Ratio
Nikon D90, lensa 18~105mm. SB800, 1/128 Power Ratio

Kombinasi ini memberi pendedahan 1/41600 saat. Ia adalah lebih kurang 2 saat pendedahan pada ISO 200, F/9 dalam kegelapan menjadikan Flash menyala apabila tukul memukul mentol mengeluarkan bunyi dengan begitu realistik  dan masa dikawal oleh kedudukan mikrofon dengan bunyi mentol pecah.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *