Flash & Colour Filter

Filter ini digunakan semasa merakam gambar di dalam rumah. Ini juga mengunci kamera untuk imbangan putih Tungsten (Tungsten White Balance), jadi apa yang dipancarkan oleh Flash dan seimbang dengan cahaya Tungsten dari latarbelakang. Jurufoto Profesional telah menggunakan kaedah ini dengan Gel Filter setelah beberapa dekad dalam teknik fotografi dan menetapkan White Balance secara manual.

Di bawah sinaran cahaya lampu mentol Tungsten, hanya perlu pasangkan Filter Oren pada Flash, dan pin contact pada Filter akan memberi arahan seimbang dengan cahaya Tungsten dari latar belakang pada tetapan White Balance Auto dari kamera Nikon. Ini akan mengelakkan subjek kelihatan kebiru-biruan.

Di bawah sinaran cahaya lampu pendarfluor (Fluorescent Light) gunakan Filter hijau. Hanya perlu pasangkan Filter tesebut pada Flash, dan pin contact pada Filter akan memberi arahan seimbang dengan cahaya Fluorescent dari latar belakang pada tetapan WB Auto dari kamera Nikon. Ini akan mengelakkan subjek kelihatan kehijau-hijauan.