Pencahayaan Classic Potrait

Penataan Cahaya & Arah

Pencahayaan Dengan Menggunakan Satu Sumber Cahaya Dalam Menghasilkan Mood
Split ⤵



Kesan yang diperolehi berupa bayangan pada wajah kelihatan separuh gelap separuh terang
Posisi lampu diarahkan tepat di bahagian kiri atau kanan searah dengan model. Kelihatan sempurna pada ciri-ciri raut wajah yang memiliki kulit putih dan struktur hidung yang baik.
Rembrandt ⤵



Posisi lampu agak tinggi daripada objek (kanan / kiri objek). Kesan yang diperolehi bayangan segitiga yang terdapat pada bahagian wajah mata salah satu sisi wajah. Lazimnya digunakan oleh jurugambar yang ingin menampilkan sebuah potret dengan menonjolkan nilai artistik.
Loop ⤵




Timbul bayangan pada sisi lubang hidung. Mudah digunakan untuk pemotretan keluarga yang besar atau berseorangan
Butterfly ⤵


Posisi lampu potret utama ditempatkan di atas dan terus berpusat pada wajah subjek. Ini mewujudkan bayangan di bawah hidung yang menyerupai rama-rama. Ia juga dikenali sebagai “Paramount lighting” yang dinamakan untuk fotografi glamor Hollywood klasik.
Penggunaan Lebih Daripada Satu Sumber Cahaya Dalam Menghasilkan Mood
Moonlight adalah sumber cahaya utama berfungsi membentuk struktur dan menegaskan ciri-ciri daripada sebuah objek. Diletakkan pada posisi sekitar 45 darjah dari model Fill in Light. Membantu Main Light mengurangkan bayangan yang tidak diperlukan. Dikenali juga dengan istilah Ambience Light iaitu untuk mengisi kawasan-kawasan yang terdapat Shadows. Kekuatan Fill in Light adalah 1 Stop kurang berbanding dengan Main Light. (1 stop atau 1 : 2). Hairlight memperindah bahagian rambut model dan memisahkan model dari latar belakang. Pastikan hairlight tidak menyentuh wajah model. Background Light memberikan kesan objek terpisah dari latar belakang. Intensity cahaya diatur sesuai dengan kehendak (terang / gelap). Kickerlight menambah ciri-ciri atau dimensi dari model yang memiliki wajah yang serius. Backlight adalah posisi sumber cahaya tepat 180 darjah tepat di belakang model yang disetkan dengan kekuatan 2, 3 atau 4 stop. Side Backlight akan memberikan kesan Rim Light di bahagian sisi sesuatu objek untuk menghasilkan foto menarik.
High-Key Effect ⤵

Menggunakan teknik pencahayaan untuk gambar yang terang atau cerah.Kurang bermain dengan bayangan. Low-Key Effect banyak bermain dengan warna gelap atau hitam background yang paling biasa digunakan berwarna hitam menunjukkan Mood yang lebih dramatik, tegang, Stres atau Moody
